Hebat kura-kura Zizan, siap pakai Gucci!

Siapa yang tak terhibur dengan telatah Zizan Razak. Ada sahaja aksi yang ditunjuknya sama ada ketika mengacara mahupun dalam laman media sosial.

 

Terbaharu, pelakon filem Abang Long Fadil ini berkongsi foto kura-kura yang pernah diselamatkannya sebelum ini.

Apa yang melucukan, kura-kura tersebut memakai ‘baju’ jenama Gucci di bahagian cengkerang.

Menerusi perkongsian Zizan di Instagram miliknya, pelakon berasal dari Terengganu itu bangga dengan pencapaian kura-kura itu.

“Alhamdulillah, lama tak berjumpa dan sekarang beliau begitu berjaya dan bergaya. Asal dari nak melintas lebuh raya NPE dan sekarang begitu menyerlah kehebatannya.

“Mana ada kura-kura di dunia bercengkerang Gucci dan beliau saja mampu. Harap beliau semakin maju dan maju,” tulisnya mengundang tawa netizen.

Sebelum ini, pada Februari lalu, netizen terhibur dengan video yang dikongsi Zizan apabila menyelamatkan seekor kura-kura di jalan selepas melintasi plaza tol.

Zizan kemudiannya melepaskan kura-kura tersebut di Tasik Shah Alam. – MHE TV

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*